Diet (Pemakanan)
Diet yang baik merupakan tunjang rawatan serta kawalan diabetes yang optima. Diet untuk pesakit diabetes perlu seimbang demi tidak menjejaskan kesihatan.
Amalkan makanan yang seimbang dan pastikan pesakit dapat melengkapkan pengambilan kesemua kumpulan di dalam piramid harian. Jumlah makanan yang dimakan bergantung kepada saiz badan, aktiviti harian dan jantina pesakit. Pilihan makanan yang terbaik adalah makanan yang dapat meningkatkan gula darah secara beransur-ansur.
Ada beberapa nasihat yang umum. Masa makan sebolehnya ditetapkan setiap hari. Ini membolehkan ubatan / suntikan insulin berjalan pada masanya. Masa makan yang tetap juga membolehkan pesakit mengawal serta memantau jumlah / jenis makanan yang dimakan. Simpanlah satu diari diet supaya anda boleh merancang diet serta memperbetulkan diet dengan lebih senang. Jikalau anda mempunyai glukometer, anda boleh juga menuliskan keputusan darah anda di dalam diari tersebut.
Ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan:-
|
Bahan yang berkanji seperti nasi, roti, mi dan capati perlu juga dihadkan. Ini kerana ia mengandungi bahan kabohidrat yang akan ditukarkan kepada gula di dalam badan kita setelah dimakan.
Sumber protein seperti daging boleh dimakan dalam kesederhanaan.
Hadkan pengambilan makanan yang kaya dengan kolestrol dan asid lemak tepu seperti :-
-
Organ dalaman haiwan
-
Makanan laut seperti udang, kerang, sotong dan lain-lain
-
Kuning telor
-
Mentega, keju, susu penuh krim
-
Kulit/lemak ayam, lemak daging
-
Minyak kelapa dan santan
(Pesakit dinasihatkan menggunakan minyak masak jenis polyunsaturated seperti minyak jagung, soya, bunga matahari dan lain-lain)
Makanan yang boleh dimakan tanpa sekatan
- Cecair : air minuman(air masak), air mineral, teh, kopi, sup, minuman Bovril, air barli tanpa gula, jus limau tanpa gula
- Bahan perisa atau rempah-ratus : serbuk kari,serbuk cili, herba, rempah ratus, lada sulah, kicap, cuka, esen, cili botol
- Sayuran berdaun hijau : bayam, sawi, kobis, bunga kobis, broccoli, kailan, kacang buncis, kacang panjang, daun seladeri, mentimun, salad, cendawan, bawang, tomato, terung dan lain-lain
Alkohol
- Pesakit diabetis yang mempunyai berat badan unggul dan kawalan glukos yang baik dibenarkan mengambil alkohol tetapi mereka patut mengetahui perkara- perkara berikut :-
-
Alkohol menambahkan nilai kalori tanpa sebarang nilai khasiat
-
Alkohol boleh menyebabkan hipoglisemia
-
Alkohol menyebabkan mabuk dan mengganggu pengawalan diabetis
- Sedikit alkohol tanpa gula (seperti wine, martini, champagne, wisky, brandy, gin, rum) mungkin dibenarkan tetapi alkohol yang manis (seperti liquour, sherry, port dan wine manis) patut dielakkan
Bincangkanlah diet anda dengan doktor anda ataupun pakar dietetik anda.
Link berkaitan : NutriWeb Malaysia
Effects of Ramadzan fasting on Type II diabetic patients in Northern Malaysia
Senaman
Senaman juga merupakan aspek yang penting dalam rawatan serta kawalan diabetes. Senaman ditunjukkan boleh menolong kawalan kencing manis dan selebihnya menurunkan berat badan dan menguatkan otot jantung. namun sebelum memulakan senaman adalah penting untuk anda berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu tentang jenis senaman yang paling sesuai untuk anda.
Sebolehnya, anda patut bersenam setiap hari, setidak-tidaknya tiga kali seminggu. Senaman yang dibuat perlu diteruskan untuk sekurang-kurangnya 30-45 minit. Jenis senaman sebolehnya aerobik seperti joging, berbasikal, berenang, berkebun, bersukan dll. Mengangkat berat bukanlah aerobik dan tidak digalakkan.
Jikalau anda telah tidak membuat senaman untuk jangkamasa yang panjang, anda patut memulakan sesi senaman dengan aktiviti yang ringan terlebih dahulu dan menambahkan kesusahan aktiviti perlahan-lahan.
-
Senaman harus dilakukan selepas memanaskan badan dan diakhiri dengan fasa menyejukkan badan
-
Berjaga-jaga dengan gejala hipoglisemia
-
Pakai pakaian yang bersesuaian dan kasut sukan
-
Pastikan tempat senaman adalah selamat, rata dan tidak licin serta ventilasi yang mencukupi
-
Jangan bersenam dalam masa 2 jam selepas makan.
-
Minum air secukupnya bagi mengelakkan kekeringan (dehidrasi)
-
Jangan bersenam semasa sakit atau demam.
-
Jangan bersenam ketika cuaca sangat panas, terlalu gelap atau kadar pencemaran udara tinggi
-
Berhenti segera jika merasa semput atau sakit dada.
-
Kadar nadi hendaklah sentiasa diambil. Berhati-hati sekiranya tekanan darah anda menjadi rendah
No comments:
Post a Comment